Dari sebuah hadis ada diceritakan Allah
SWT. telah menghantar malaikat Jibril bertemu malaikat Malik untuk
mengambil api darinya bagi kegunaan Adam untuk memasak. Malaikat Malik
pun bertanya "Wahai Jibril! berapa banyakkah yang kamu mahu?" Sebesar
buah tamar, jawab Jibril. Kata Malik, "Tahukah kamu, kalau aku berikan
api neraka sebesar yang kamu mahu pasti akan hancur lebur 7 petala
langit dan bumi kerana kepanasannya.""Kalau
begitu separuh buah tamar, kata Jibril. Jawab Malik, "Kalau separuh
darinya nescaya langit tidak dapat menurunkan hujan walaupun setitik ke
bumi dan segala tanaman akan musnah."
Malaikat Jibril lalu
memohon pertolongan dari Allah SWT untuk mengetahui jumlah yang betul.
ALLAH lalu berfirman, "Ambillah sebesar biji sawi." Pergilah Jibril
mendapatkan api itu kemudiannya api itu dibasuh dahulu dengan 70 buah
sungai di syurga. Setelah itu ianya dibawa kepada Adam dan diletakkan di
atas puncak gunung yang tinggi. Tiba-tiba cairlah gunung itu dan
tinggallah hanya sedikit maka api itulah yang digunakan hingga sekarang.
Kesimpulannya, api neraka beribu-ribu kali lebih panas dari api di dunia. Nauzubillahiminzalik.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar