Baginda Rasullullah SAW bersabda:
"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu
kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian
mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai
kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk
menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka
keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik
rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.
Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik
roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan
saat nazak orang itu."
Sambung Rasullullah
SAW lagi: "Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat
Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga
orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang
yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang
berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga
dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S."
Kalau
orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan
sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat
kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat
orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila
melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.
Dari sebuah
hadis bahawa apabila Allah s.w.t. menghendaki seorang mukmin itu dicabut
nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak
mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari
mulut orang mukmin itu dengan berkata:
"Tidak ada jalan bagimu
mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa
menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah SWT" Setelah malaikat maut
mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah SWT dan
menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu Allah
SWT berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya
dari arah lain."
Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah
Allah s.w.t. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari
arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu,
keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu.
Maka
berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin
dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini
mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu
pengetahuan."
Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh
orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah
kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata:
"Tidak
ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan
berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga
berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu."
Apabila gagal malaikat
maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba
pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga
maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana
telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir."
Akhir
sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi
baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan
bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan
kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah."
Setelah
gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah SWT. Kemudian Allah SWT
berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak
tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja
mendapat perintah Allah SWT. maka malaikat maut menghampiri roh orang
itu dan menunjukkan Asma Allah SWT
Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah SWT maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.
Abu
Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar
dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:-
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."
Telah
bersabda Rasullullah SAW: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat
tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.
Tanda-Tanda Saat-Saat Kematian
“Bagaimana
kamu kufur (ingkar) dengan Allah dan adalah kamu itu mati maka kamu
dihidupkan, kemudian kamu dimatikan kemudian kamu dihidupkan kemudian
kepada-Nya kamu dikembalikan” (Surah Al-Baqarah : Ayat 28)
Adapun
tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud cuma amalan
dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita
kepada tanda-tanda ini.
Rasulallah SAW diriwayatkan masih mampu
memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung
akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya
hayat Baginda.
Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi
tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk
menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya
dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya
sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah
memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas
tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan
bahagian mukanya.
Adapun riwayat-riwayat ini memperlihatkan
kepada kita sesungguhnya Allah s.w.t. tidak pernah berlaku zalim kepada
hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat
Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap
Allah s.w.t. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada
orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang
menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang
peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah s.w.t.
Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan:
Tanda 100 hari sebelum hari mati.
Ini
adalah tanda pertama dari Allah s.w.t. kepada hambanya dan hanya akan
disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua
orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak
sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh
tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami
getaran atau seakan-akan mengigil.
Contohnya seperti daging lembu
yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan
mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat
dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah
tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar
akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran
atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal
kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang
terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri
dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah
mati.
Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan
berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut.
Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang
letaknya di atas Arash Allah s.w.t. Maka malaikatmaut akan mengambil
daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya
ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.
Akan terjadi
malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini
terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung
seketika. Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya
untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan
dicabutnya.
Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan
hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang
sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
Tanda 3 hari
Pada
ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu
diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka
berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak
najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita
nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi
dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini
dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan
layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan
sukar ditegakkan.
Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu
Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu
di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat
untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda Akhir
Akan
berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di
bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik
ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah
syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk
menjemput kita kembali kepada Allah s.w.t. yang telah menghidupkan kita
dan sekarang akan mematikan pula. Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda
yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan qiam and jangan lagi
bercakap-cakap.
Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa
kepada Allah s.w.t. semoga kita adalah di antara orang-orang yang yang
dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap
tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam
usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia
sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.
Walaubagaimanapun
sesuai dengan sifat Allah SWT yang Maha Berkuasa lagi Maha Pemurah lagi
maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia
itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita
sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah
SWT semata-mata.
Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan
berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta
kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha
kita untuk mencari keredhaan Allah s.w.t. samada di dunia mahupun
akhirat. Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa
yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.
Selasa, 03 Juli 2012
PANASNYA API NERAKA
Dari sebuah hadis ada diceritakan Allah
SWT. telah menghantar malaikat Jibril bertemu malaikat Malik untuk
mengambil api darinya bagi kegunaan Adam untuk memasak. Malaikat Malik
pun bertanya "Wahai Jibril! berapa banyakkah yang kamu mahu?" Sebesar
buah tamar, jawab Jibril. Kata Malik, "Tahukah kamu, kalau aku berikan
api neraka sebesar yang kamu mahu pasti akan hancur lebur 7 petala
langit dan bumi kerana kepanasannya.""Kalau
begitu separuh buah tamar, kata Jibril. Jawab Malik, "Kalau separuh
darinya nescaya langit tidak dapat menurunkan hujan walaupun setitik ke
bumi dan segala tanaman akan musnah."
Malaikat Jibril lalu memohon pertolongan dari Allah SWT untuk mengetahui jumlah yang betul. ALLAH lalu berfirman, "Ambillah sebesar biji sawi." Pergilah Jibril mendapatkan api itu kemudiannya api itu dibasuh dahulu dengan 70 buah sungai di syurga. Setelah itu ianya dibawa kepada Adam dan diletakkan di atas puncak gunung yang tinggi. Tiba-tiba cairlah gunung itu dan tinggallah hanya sedikit maka api itulah yang digunakan hingga sekarang.
Kesimpulannya, api neraka beribu-ribu kali lebih panas dari api di dunia. Nauzubillahiminzalik.
Malaikat Jibril lalu memohon pertolongan dari Allah SWT untuk mengetahui jumlah yang betul. ALLAH lalu berfirman, "Ambillah sebesar biji sawi." Pergilah Jibril mendapatkan api itu kemudiannya api itu dibasuh dahulu dengan 70 buah sungai di syurga. Setelah itu ianya dibawa kepada Adam dan diletakkan di atas puncak gunung yang tinggi. Tiba-tiba cairlah gunung itu dan tinggallah hanya sedikit maka api itulah yang digunakan hingga sekarang.
Kesimpulannya, api neraka beribu-ribu kali lebih panas dari api di dunia. Nauzubillahiminzalik.
Langganan:
Postingan (Atom)